AIR BARLI

Bahan-bahan
- Barli Cap Bintang 100g
- Air 1500ml
- Gula 25g
- Daun Pandan 4 helai
 
Cara Membuatnya
  1. Cuci barli dan rendam dalam air selama 1 jam.
  2. Tambah daun pandan dan masak sehingga mendidih.
  3. Kecilkan api dan terus mendidih selama 45 minit.
  4. Tambah gula dan terus mendidih sehingga gula larut sepenuhnya.
  5. Enak diminum sebagai minuman pencuci mulut sejuk atau suam.