SERI MUKA

Bahan-bahan
Lapisan Bawah
- Beras Pulut360g
- Air170ml
- Santan100g
- Garam1 sudu teh
 
Lapisan Atas
- Air300ml
- Gula Merah Cap Bintang150g
- Gula Putih50g
- Daun Pandan2 helai
- Tepung Gandum130g
- Santan130g

Cara Membuatnya
Lapisan Bawah
  1. Rendam beras pulut selama satu jam, kemudian mengalirkan air.
  2. Tambah garam ke dalam air. Kacau sehingga larut, kemudian tuangkan ke dalam beras pulut.
  3. Masukkan santan ke dalam campuran beras pulut. Gaul rata.
  4. Tuang adunan ke dalam loyang empat segi berukuran 8 inci. Ratakan dan kukus selama 30 minit.
  5. Gunakan camca besar tekan beras pulut yang telah dimasak sehingga rata dan padat semasa panas.
Lapisan Atas
  1. Campurkan gula merah, gula putih dan daun pandan ke dalam 200ml air, masak sehingga mendidih. Keluarkan daun pandan daripada campuran gula merah dan tapiskan.
  2. Campurkan 100ml air, santan dan tepung gandum, kacau sehingga sebati. Kemudian campurkan campuran gula merah dari langkah 1, dan tapiskan.
  3. Kacau campuran daripada langkah 2 di atas api sederhana selama 2 minit.
  4. Tuangkan campuran ke atas pulut yang telah dikukus dan terus kukus selama 20 minit.
  5. Sejukkan sepenuhnya sebelum dihidangkan.