Onde-Onde

Bahan-bahan
- Tepung Pulut Cap Erawan 250g
- Jus Pandan 200ml
- Ubi Keledek +/- 100g
- Gula Merah Cap Bintang 100g
- Kelapa Parut 150g
- Garam Secubit
 
Cara Membuatnya
  1. Rebus keledek, kemudian lenyekkannya.
  2. Campurkan keledek dan tepung pulut, tambahkan jus pandan dan uli menjadi doh licin.
  3. Bahagikan doh menjadi bebola kecil (kira-kira 2cm diameter), buat satu lubang di tengah-tengah kemudian isikan gula merah. Uli menjadi bulat.
  4. Masakkan bebola pulut di dalam air mendidih. Bebola pulut yang telah dimasak akan terapung di atas permukaan air. Keluarkan bebola pulut dari periuk dengan penapis untuk toskan air.
  5. Golekkan bebola pulut dalam kelapa parut yang telah dicampur dengan garam. Siap untuk dihidang.
Sinopsis

Gula Merah Cap Bintang
Pemanis semulajadi yang diperbuat daripada sari jus tebu tanpa bahan awet dan pewarna. Sesuai untuk membancuh kopi, teh dan minuman coklat, dan untuk membuat kek, kuih-muih, sirap dan pencuci mulut.