Kuih Lapis

Ramuan
Lapisan Putih
- Tepung Beras Cap Erawan / Cap Gajah 125g
- Tepung Ubi Kayu Cap Kapal ABC 15g
- Pati santan 200ml
- Air 290ml
- Garam  sudu kecil
- Gula putih 130g
- Air 110ml
- Daun pandan 1 helai
 
Lapisan Gula Merah
- Tepung Beras Cap Erawan / Cap Gajah 125g
- Tepung Ubi Kayu Cap Kapal ABC 15g
- Pati santan 200ml
- Air 290ml
- Garam  sudu kecil
- Gula Merah Cap Bintang 50g
- Gula putih 80g
- Air 110ml
- Daun pandan 1 helai
 
Cara Penyediaan
  1. Untuk lapisan putih, masak gula dan 110ml air bersama dengan daun pandan hingga gula larut. Biarkan sejuk.
  2. Campur tepung beras, tepung ubi kayu, 290ml air dan santan dengan air gula yang telah dimasak. Kacau hingga sebati, lalu ditapis. Tambah garam untuk rasa yang lebih sedap.
  3. Untuk lapisan gula merah, masak gula merah dan gula putih bersama 110ml air dengan daun pandan hingga gula larut. Biarkan sejuk.
  4. Campur tepung beras, tepung ubi kayu, 290ml air dan santan bersama dengan air gula yang telah dimasak. Kacau hingga sebati lalu ditapis. Tambah garam untuk rasa yang lebih sedap.
  5. Panaskan loyang (berukuran 10 x 10 x 2) dalam kukusan hingga air mendidih.
  6. Isi 1 senduk adunan putih ke dalam loyang. Kukus selama 3 minit.
  7. Tuang 1 senduk adunan gula merah. Terus kukus selama 3 minit. Ulangi langkah 5 dan 6 untuk 10 lapisan seterusnya (untuk empat lapisan yang terakhir, kukus selama 5 minit).
  8. Padamkan api. Tinggalkan kuih dalam kukusan selama 3 minit supaya kelihatan berminyak.
Sinopsis

Tepung Beras Cap Erawan
Juga dikenali sebagai serbuk beras, tepung kami diperbuat daripada beras berkualiti terpilih dan telah dikisar halus, dan hanya mengandungi 100% ramuan semulajadi.