Kuih Kosui Labu

Bahan-bahan
- Labu400g
- Gula Kastor100g
- Tepung Ubi Kayu Cap Kapal ABC200g
- Tepung Kacang Hijau Cap Bintang4 sudu besar
- Santan150ml
- Air200ml
 
- Kelapa Parut150gcampurkan
- Garam1/4 sudu teh
 
Cara Membuatnya
  1. Kupas kulit labu dan potong menjadi kiub. Kukus selama 30 minit sehingga labu lembut, kemudian lenyekkannya.
  2. Campurkan gula kastor, kacau sehingga gula larut.
  3. Tambahkan tepung ubi kayu, tepung kacang hijau, santan dan air, kacau adunan sehingga sebati dan licin.
  4. Kukus cawan kecil selama 5 minit, kemudian tuangkan adunan ke dalam cawan kecil. Kukus selama 20 minit.
  5. Biarkan kuih sejuk, kemudian keluarkan dari cawan kecil.
  6. Hidangkan dengan kelapa parut.
Sinopsis

Tepung Ubi Kayu Cap Kapal ABC
Diperbuat hanya daripada akar ubi kayu dan mempunyai tekstur yang lembut dan halus. Lazim digunakan untuk memekatkan kuah, sos dan sup, dan juga untuk membuat kuih-muih, kek, biskut dan pencuci mulut (dengan jenis tepung yang lain).