Kuih Ketayap

Bahan-bahan
Adunan
- Tepung Ubi Kayu Cap Kapal ABC 20g
- Tepung Gandum 100g
- Telur (dipukul) 1 biji
- Garam 1/2 sudu kecil
- Santan 100ml
- Jus Pandan 300ml
 
Campurkan semua bahan-bahan, kacau sehingga sebati
 
Inti
- Kelapa Parut 250g
- Gula Merah Cap Bintang 4 sudu besar
- Gula Kastor 3 sudu besar
- Air 80ml
- Daun Pandan (diikat simpul) 3 helai
 
Cara Membuatnya
Inti
  1. Larutkan gula kastor dan gula merah dalam air di atas api yang kecil.
  2. Tambah daun pandan untuk keharuman.
  3. Tambah kelapa parut dan kacau sehingga kering. Biarkan sejuk.
Adunan
  1. Panaskan kuali. Sapu dengan minyak masak.
  2. Tuangkan satu sudu adunan untuk membuat penkek.
  3. Balut penkek dengan inti. Siap untuk dihidang.
Sinopsis

Gula Merah Cap Bintang
Pemanis semulajadi yang diperbuat daripada sari jus tebu tanpa bahan awet dan pewarna. Sesuai untuk membancuh kopi, teh dan minuman coklat, dan untuk membuat kek, kuih-muih, sirap dan pencuci mulut.