KUIH HOON MARMAR

Bahan-bahan
Adunan A
- Tepung Kacang Hijau Cap Bintang50g
- Daun Pandan5 helai
- Air600ml
- Gula Kastor75g
  
Adunan B
- Tepung Kacang Hijau Cap Bintang25g
- Air150ml
- Santan (pekat)150ml
- Garam¾ sudu kecil

Cara Membuatnya
Adunan A
  1. Kisarkan daun pandan dengan 200ml air. Tapis dengan penapis halus lalu tambah air untuk membuat 600ml jus pandan.
  2. Campurkan tepung kacang hijau dan gula kastor ke dalam jus pandan. Kacau sehingga sebati.
Adunan B
  1. Campurkan tepung kacang hijau ke dalam air. Tambah santan (pekat) dan garam. Kacau sehingga sebati.

Masak adunan A dan adunan B berasingan di atas api yang kecil. Kacau adunan sehingga mendidih dan menjadi pekat.

Untuk Membuat Kesan ‘Marmar’:
  1. Sediakan acuan berukuran 8 inci.
  2. Tuang ½ adunan A ke dalam acuan untuk membentuk lapisan pertama. Tuang kesemua adunan B sebagai lapisan kedua. Kemudian tuangkan baki adunan A sebagai lapisan yang paling atas.
  3. Guna pisau untuk mengaut adunan untuk mendapatkan kesan marmar. Simpan dalam peti sejuk sebelum hidang.