Kastard Krim Puff

Bahan-bahan - Puff
- Air 250ml
- Mentega 125g
- Tepung Gandum 150g
- Gula Kastor 1 sudu teh
- Garam 1/4 sudu teh
- Telur (dipukul) 4 biji
 
Cara Membuatnya
  1. Campurkan air, mentega, gula kastor, garam dan masak sehingga mendidih. Masukkan tepung gandum dan masak di atas api yang kecil selama 1 minit sehingga menjadi doh. Padamkan api dan biarkan sejuk.
  2. Masukkan telur yang dipukul ke dalam adunan yang telah sejuk, kacau adunan sehingga sebati dan licin. Sudukan adunan ke dulang pembakar yang dilapisi dengan kertas baking.
  3. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan selama 30 minit pada suhu 200C.
Bahan-bahan Krim Kastard
- Susu Penuh Krim 300ml
- Air 300ml
- Tepung Kastard Cap Bintang 6 sudu besar
- Gula Kastor 5 sudu besar
 
Cara Membuatnya
  1. Campurkan semua bahan-bahan dan kacau sehingga sebati. Kemudian masak campuran di atas api sederhana sehingga pekat dan mendidih. Ketepikan.
  2. Belahkan bahagian tengah puff dan isi dengan krim kastard.
Sinopsis

Tepung Kastard Cap Bintang
Tepung kastard ini berasaskan tepung jagung. Apabila diadun dengan susu dan dipanaskan secukupnya, ia akan memekat untuk membentuk sos mirip kastard.