Kek Chiffon

Bahan-bahan
- Telur (Gred A) 6 biji
- Gula Kastor 80g
- Jus Lemon 1 sudu teh
- Madu 1 sudu besar
- Laleli Virgin Olive Oil For Cooking 2 1/2 sudu besar
- Tepung Berserbuk Penaik 75g
 
Cara Membuatnya
  1. Asingkan putih telur dan kuning telur.
  2. Kacau madu ke dalam kuning telur, gaul rata. Tambah virgin olive oil for cooking dan kacau sehingga rata.
  3. Pukul putih telur sehingga berbuih, masukkan gula kastor dan jus lemon, terus memukul sehingga kembang.
  4. Campurkan 1/3 daripada putih telur ke dalam adunan kuning telur, kacau rata. Perlahan-lahan campurkan baki 2/3 putih telur sehingga sebati.
  5. Ayakkan tepung berserbuk penaik dan kacau sehingga rata.
  6. Tuangkan adunan ke dalam loyang (8 inci) dan bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan selama 40 minit pada suhu 175C.
  7. Keluarkan loyang dari ketuhar & terbalikkan segera.
  8. Biarkan kek sejuk sepenuhnya sebelum mengeluarkan kek dari loyang (kira-kira 1~1.5 jam).
  9. Potong and hidangkan.