- Pukul mentega dan gula kastor sehingga kembang. Masukkan kuning telur dan pukul sehingga sebati.
- Ayakkan tepung gandum dan tepung kastard. Kacau sehingga adunan menjadi doh yang lembut.
- Canaikan adunan setebal 0.5cm, kemudian gunakan acuan bentuk kegemaran membuat pelbagai bentuk biskut.
- Tekankan kacang kegemaran di atas biskut, kemudian sapu permukaan dengan kuning telur.
- Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan selama 20~25 minit pada suhu 170°C. Keluarkan biskut dari ketuhar, sejukkan biskut dan menyimpannya di dalam bekas kedap udara untuk mengekalkan kegaringan.
|