BISKUT SEMPERIT

Bahan-bahan
- Mentaga250g
- Gula Kastor150g
- Tepung Gandum200g
- Tepung Kastard Cap Bintang250g
- Telur1
- Esen Vanilla1 sudu kecil
- Serbuk Penaik1 sudu kecil
- Sedikit "Manik Warna Warni" untuk hiasan

Cara Membuatnya
  1. Pukul mentega, gula kastor sehingga kembang. Masukkan telur dan esen vanilla, pukul sehingga sebati.
  2. Ayakkan tepung gandum, tepung kastard dan serbuk penaik. Kacau sehingga adunan menjadi doh yang lembut.
  3. Keluarkan adunan dari mangkuk dan letakkan ke dalam acuan semperit. Picit keluar doh jalur ke dulang pembakar yang dilapisi dengan kertas baking dan potong menjadi 4cm. Taburkan "manik warna warni" di atas.
  4. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan selama 20~25 minit pada suhu 170°C. Keluarkan biskut dari ketuhar, sejukkan biskut dan menyimpannya di dalam bekas kedap udara untuk mengekalkan kegaringan.