BISKUT SARANG SEMUT

Bahan-bahan
- Mentega125g
- Gula Kastor80g
- Tepung Gandum125g
- Tepung Kastard Cap Bintang125g
- Kuning Telur1
- Esen Vanilla½ sudu kecil
- Sedikit Coklat Rice atau Manik Warna-Warni untuk hiasan

Cara Membuatnya
  1. Pukul mentega dan gula kastor sehingga berkrim. Masukkan kuning telur dan pukul sehingga sebati.
  2. Ayakkan tepung gandum dan tepung kastard. Kacau sehingga adunan menjadi doh yang lembut.
  3. Simpan doh dalam peti sejuk selama setengah jam.
  4. Parutkan adunan. Sudukan adunan ke dalam "cawan kertas kecil". Taburkan coklat rice atau manik warna-warni di atas.
  5. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan selama 20~25 minit pada suhu 170°C.