Biskut Ubi Kentang

Bahan-bahan
- Tepung Ubi Kentang Cap Bintang 200g
- Mentega tidak bergaram 200g
- Tepung Gandum 160g
- Gula Aising 65g
- Susu Tepung 2 sudu teh
 
Cara Membuatnya
  1. Pukul mentega tidak bergaram dan gula aising sehingga kembang.
  2. Ayak tepung ubi kentang, tepung gandum dan susu tepung ke dalam campuran daripada langkah 1 sehingga membentuk doh lembut.
  3. Cedok doh dengan sudu teh dan gulung menjadi bebola kecil. Atur bebola ke dulang pembakar yang dilapisi dengan kertas baking dan tekan sedikit dengan garpu.
  4. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan selama 25 minit pada suhu 170C (sebelum bertukar coklat).