BISKUT JAGUNG

Bahan-bahan
- Tepung Jagung Cap Bintang400g
- Mentega180g
- Tepung Gandum50g
- Gula Aising120g
- Telur3 biji
- Susu Tepung2 sudu teh

Cara Membuatnya
  1. Pukul mentega dan gula aising sehingga ringan dan berkrim.
  2. Masukkan telur satu demi satu, kemudian pukul sehingga kembang.
  3. Ayak tepung jagung, tepung gandum dan susu tepung ke dalam campuran daripada langkah 1 sehingga membentuk doh lembut.
  4. Keluarkan adunan dari mangkuk dan letakkan ke dalam beg paip/muncung. Picit keluar bentuk bunga ke dulang pembakar yang dilapisi dengan kertas baking.
  5. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan selama 15~20 minit pada suhu 180°C.