Biskut Dahlia

Bahan-bahan
- Susu Pekat Manis 150g
- Mentega 150g
- Tepung Kastard Cap Bintang 300g
- Ceri Merah untuk hiasan 
 
Cara Membuatnya
  1. Pukul mentega dan susu pekat manis sehingga berkrim.
  2. Masukkan tepung kastard dan kacau sehingga adunan menjadi doh yang lembut.
  3. Keluarkan adunan dari mangkuk dan letakkan ke dalam beg paip/muncung. Picit keluar bentuk bunga dahlia ke dulang pembakar yang dilapisi dengan kertas baking.
  4. Hiaskan kiub ceri di tengah biskut.
  5. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan selama 20-25 minit pada suhu 170C.
Sinopsis

Tepung Kastard Cap Bintang
Tepung kastard ini berasaskan tepung jagung. Apabila diadun dengan susu dan dipanaskan secukupnya, ia akan memekat untuk membentuk sos mirip kastard.