UBI KENTANG GORENG

Bahan-bahan
- Ubi Kentang 500g
- Cili Kering (potong jalur) 5 ulas
- Bawang Kuning (potong jalur) 1 biji
- Cili Hijau (potong jalur) 1 ulas
- Garam  sudu kecil
- Cuka Putih 2 sudu besar
- Minyak Masak 3 sudu besar
- Daun Peterseli Cina (potong berukuran panjang 1cm) Hiasan
 
Cara Membuatnya
  1. Kupaskan ubi kentang dan potong menjadi jalur nipis. Rendam dalam air sejuk.
  2. Panaskan kuali dengan minyak masak. Masukkan bawang kuning, cili kering dan tumis sehingga wangi.
  3. Tambahkan ubi kentang, cili hijau dan goreng sehingga 80% masak. Tambahkan garam, cuka putih dan goreng sehingga sebati.
  4. Hias dengan daun peterseli Cina sebelum dihidang.