SPAGETI DALAM SOS BAWANG PUTIH

Bahan-bahan
- Laleli Virgin Olive Oil For Cooking 150ml + 1 sudu besar
- Bawang Putih (dicincang halus) 10 ulas
- Spageti 350g
- Daun Peterseli / Daun Ketumbar (dicincang halus) 2 sudu besar
- Lada Hitam (dikisar halus)  sudu kecil
- Serpihan Almond (dipanggang) 1 sudu besar
- Cendawan Shitake Segar (dihiris) 15 kuntum
- Tomato Ceri (dibelah dua) 15 biji
- Garam secukup rasa  
 
Cara Membuatnya
  1. Sediakan spageti mengikut cara di atas bungkusan. Tambah 1 sudu besar virgin olive oil for cooking apabila air mendidih. Tapis dan letak dalam periuk.
  2. Tumiskan cendawan dengan sedikit virgin olive oil for cooking, kemudian keluarkan cendawan.
  3. Masukkan bawang putih ke dalam baki minyak zaitun Laleli, tumis sehingga keemasan.
  4. Tambahkan cendawan dan bawang putih yang telah ditumis dengan 150ml minyak zaitun Laleli ke dalam spageti yang telah dimasakkan. Kacau sehingga sebati. Tambahkan lada hitam, daun peterseli dan garam secukup rasa. Kacau sehingga sebati.
  5. Hias dengan serpihan almond dan tomato ceri sebelum dihidang.