KOAY KAK

Bahan-bahan
Adunan - Koay Kak
- Tepung Beras Cap Erawan / Cap Gajah 125g
- Kanji Gandum Cap Bintang 25g
- Tepung Jagung Cap Bintang 25g
- Air 500ml
   
Bahan-bahan
Goreng Koay Kak
- Minyak Masak 3 sudu besar
- Bawang Putih 5 ulas
- Lobak Masin (dicincang) 20g
- Cili Boh (pes cili) ½ sudu besar
- Telur 2 biji
- Taugeh 50g
- Kucai 40g
 
* tambah udang atau sotong mengikut pilihan
   
- Sos Tiram ½ sudu besar bahan perasa
- Kicap Soya Cair1 sudu besar
- Kicap Soya Pekat1 ½ sudu besar
- Sos Ikan1 ½ sudu besar
- Air1 sudu besar

Cara Membuatnya
Adunan
  1. Campurkan tepung beras, kanji gandum, tepung jagung dan air, kemudian tapis adunan dengan penyaring.
  2. Tuang adunan ke dalam loyang berukuran 6 inch yang berada di dalam pengukus. Kacau adunan di atas api sederhana sehingga pekat. Kemudian kukus selama sejam.
  3. Biar adunan sejuk (sekurang-kurangnya 5 jam) sebelum memotong ke kiub.
Goreng Koay Kak
  1. Panaskan kuali dengan minyak masak. Tambahkan bawang putih, lobak masin, cili boh dan tumis sehingga wangi.
  2. Masukkan adunan dan bahan perasa, goreng sehingga sebati.
  3. Masukkan telur, taugeh dan kucai. Goreng sehingga sebati.
  4. Hidang semasa panas.