Puding Jagung

Bahan-bahan
- Tepung Jagung Cap Bintang 100g
- Air 1000ml
- Susu Sejat 200ml
- Kuning Telur 4 biji
- Gula Kastor 2 sudu besar
 
Cara Membuatnya
  1. Campurkan semua bahan-bahan, kacau sehingga sebati lalu tapiskan.
  2. Kacau di atas api yang kecil sehingga mengental.
  3. Tuang ke dalam acuan. Biar sejuk sebelum simpan dalam peti sejuk.
  4. Enak dimakan sebagai makanan pencuci mulut sejuk dengan menambahkan madu atau sirap gula merah.