BUBUR SENGKUANG CINA

Bahan-bahan
- Gula140g
- Daun Pandan4 helai
- Buah Sengkuang Cina (potong kiub)300g
- Kanji Ubi Kentang Cap Bintang30g
- Air1300ml

Cara Membuatnya
  1. Masakkan gula dan daun pandan dengan air sehingga mendidih.
  2. Masukkan buah sengkuang cina dan mendidih selama 5 minit di atas api sederhana.
  3. Larutkan kanji ubi kentang dengan sedikit air, kemudian tambah ke dalam adunan. Kacau sehingga sebati dan terus mendidih selama 5 minit.
  4. Hidang sebagai pencuci mulut semasa panas.