AGAR-AGAR SANTAN

Bahan-bahan
- Agar-Agar Cap Bintang20g
- Air1500ml
- Gula Merah Cap Bintang150g
- Gula 3 sudu besar
- Daun Pandan5 helai
- Telur1 biji
- Santan200ml

Cara Membuatnya
  1. Masakkan air dengan daun pandan, kemudian masukkan gula merah, gula dan masak selama 5 minit.
  2. Tambahkan agar-agar dan kacau di atas api yang kecil sehingga agar-agar larutsepenuhnya.
  3. Masukkan telur ke dalam santan, kemudian kacau sehingga sebati dan tapis. Tambahkan adunan santan ke dalam agar-agar dan masak sehingga mendidih.
  4. Tuang ke dalam acuan. Biar sejuk sebelum simpan dalam peti sejuk.
  5. Hidang sebagai pencuci mulut sejuk.