PERKHIDMATAN

Pembungkusan Semula dan Pembungkusan Jenama Sendiri (House Brand)

Kami menyediakan khidmat pembungkusan makanan yang memenuhi kehendak jenama sendiri. Kemudahan kami dilengkapi dengan mesin pembungkusan yang serba moden sesuai untuk pelbagai jenis kekacang, bijiran dan tepung.

Pemprosesan Makanan

Kami menyediakan pelbagai khidmat pemprosesan makanan seperti pengasingan mengikut warna atau saiz, pemeriksaan kualiti dan sebagainya dengan menggunakan kelengkapan mesin moden yang dikendalikan oleh kakitangan kami yang berpengalaman dan terlatih.

Penyimpanan Gudang dan Bilik Sejuk

Kami menyediakan khidmat penyimpanan gudang kering dan bilik sejuk untuk kesemua makanan halal sahaja.

Gudang bertingkat kami di Kuala Lumpur mengandungi 5 bilik sejuk moden dengan jumlah kapasiti sebanyak 3618 ton metrik dan juga ruang penyimpanan kering dan beralih udara seluas 90,000 kaki persegi. Suhu dan kelembapan setiap bilik sejuk dapat dilaraskan untuk keadaan penyimpanan yang dikehendaki.

Gudang-gudang kami juga dilengkapi dengan sistem dan peralatan pengendalian barangan (material handling) yang moden dan bertugas berat. Gudang-gudang kami juga dilindungi dengan pemantauan 24 jam oleh CCTV dan pegawai sekuriti.

Khidmat Rundingan Nasihat Kanji Terubah Suai (Modified Starch)

Kami juga menyediakan khidmat nasihat dan rundingan profesional untuk kanji terubah suai. Pelanggan kami terdiri daripada pengilang-pengilang makanan dan bahan kertas di Malaysia dan luar negara.