Nilai Kami

Fikiran dan amalan kami perlu konsisten agar kehendak dan keperluan pelanggan sentiasa dapat dipenuhi. Ia boleh dicapai dengan mengamalkan nilai teras dalam kehidupan seharian. Nilai teras merupakan pedoman dan rujukan untuk kesemua amalan kami.

Kesaksamaan

Kami menghargai kesaksamaan dan integriti terhadap semua rakan kongsi yang menyumbang kepada kejayaan kami. Untuk kakitangan kami, kami menyediakan suasana kerja yang selamat, baik dan menggalakkan ketekunan dan amalan sihat. Untuk pelanggan kami, kami berazam untuk membekalkan kualiti pada harga berpatutan. Untuk pembekal kami, kami menghargai perkongsian yang teguh dan saling berfaedah. Untuk masyarakat umum, kami berjanji untuk mempraktiskan tanggungjawab korporat kami.

Perkongsian

Ilmu pengetahuan adalah amat penting untuk menjana dan mengekalkan kelebihan daya saingan syarikat dan rakan kongsi kami. Justeru itu, kakitangan kami perlu berpengetahuan mendalam dan kompeten mengenai produk dan perkhidmatan kami dan sentiasa mengecam kehendak dinamik pelanggan kami (termasuk pelanggan mereka).

Kesemasaan

Tafsiran kami terhadap kesemasaan ialah penghargaan dan penghormatan kepada ketepatan masa. Kami menghargai masa sebagai suatu aset ketara yang sama penting seperti para pelanggan dan kakitangan kami.