PENDEKATAN DAN PERBEZAAN KAMI DENGAN YANG LAIN

Di samping mengamalkan nilai teras kami, kami sentiasa bertungkus lumus untuk memenuhi kehendak pelanggan kami. Kami menumpukan fokus dalam empat aspek kritikal.

Amanah dan Kebolehpercayaan

THC ialah sebuah syarikat ulung dengan reputasi beramanah dan berkebolehpercayaan. Kami adalah cekap. Kami menghargai hubungan bidangusaha berjangka panjang. Kami sentiasa menepati janji kami.

Kualiti Konsisten

Perbezaan tahap kualiti produk dan perkhidmatan sememangnya lazim dalam industri makanan. THC amat berbangga ke atas rekod pencapaian dalam kualiti produk dan perkhidmatannya yang konsisten. Pencapaian tersebut dijayakan melalui pengetahuan mendalam mengenai ramuan makanan, kelengkapan gudang yang serba moden dan hubungan bidangusaha yang erat dengan jaringan pembekal di merata dunia.

Penentuan Harga

Kami memahami bahawa harga pasaran, seperti kualiti, adalah amat penting untuk para pelanggan. Kami membezakan diri dengan yang lain dengan mengamalkan dasar harga berpatutan. Nilai kesaksamaan kami juga tersirat dalam kesediaan kami untuk membantu pelanggan kami berdayasaing dan memperolehi keuntungan.