Mengenai Kami

Thye Huat Chan merupakan salah sebuah pembekal ramuan makanan dan makanan pengguna yang terbesar di Malaysia sejak lebih daripada 40 tahun yang lalu. Kami membekalkan pelbagai jenis tepung, kanji, kekacang, biji minyak, bijiran, makanan boleh rosak (perishables), pemanis, rempah ratus, herba, makanan pengguna, penambah makanan dan buah-buahan kering yang diimport dari 25 negara.

Pelanggan kami sebanyak 3000 meliputi pengilang makanan, pemborong, pasaraya, hypermarket, kedai runcit dan pengilang industri kertas.

Kami mengurus dan mengendalikan lori pengangkutan kami secara langsung agar produk kami dapat diagihkan ke seluruh pelosok Malaysia dengan cekap. Kami juga menyediakan perkhidmatan penyimpanan gudang dan pembungkusan makanan yang memenuhi keperluan industri makanan.