JENAMA

Jenama-jenama produk kami telah dipercayai dan digunakan untuk menyediakan pelbagai hidangan makanan yang lazat sejak beberapa dekad yang lalu.


Cap Bintang

Cap Bintang telah dikenali dan dipercayai lebih daripada 50 tahun yang lalu. Ia merupakan cap yang ulung dan melambangkan pelbagai jenis produk bermutu premium seperti bihun, kanji, tepung, pemanis dan kekacang.

Cap Lima Bintang

Cap Lima Bintang merupakan jenama utama untuk makanan dalam tin bermutu premium yang sesuai untuk masakan dan citarasa Asia. Ia kini amat popular untuk pengguna tempatan sejak dipasarkan lebih daripada 10 tahun yang lalu.

Cap Kapal ABC

Cap Kapal ABC ialah salah satu jenama makanan pengguna yang paling laris sejak 28 tahun yang lalu. Ia mewakili pelbagai jenis ramuan makanan dan makanan pengguna berkualiti tinggi seperti tepung, kanji, bihun dan kekacang.

Cap 3 Kambing

Ditubuhkan lebih daripada 50 tahun, jenama 3 Kambing kami yang terkenal menawarkan pelbagai produk seperti kacang soya, sirap pekat, tepung pulut, tepung ubi kayu dan tepung jagung; keyakinan dengan kualitinya yang bermutu tinggi menjadikan produk kami pilihan utama untuk pelbagai aplikasi dalam pelbagai industri.

Cap Kawi

Cap Kawi telah menjangkau usia lebih daripada 10 tahun dalam pasaran. Ia telah disambut dengan baik oleh para pengguna dengan mutu dan harga jualannya yang kompetitif. Populariti Cap Kawi telah diperkuatkan dengan kepelbagaian jenis makanan dalam tin.