Komited untuk Kehidupan Sempurna

Thye Huat Chan merupakan salah sebuah pembekal ramuan makanan dan makanan
pengguna yang terbesar di Malaysia sejak lebih daripada 40 tahun yang lalu.

Thye Huat Chan telah ditubuhkan pada tahun 1973 dan kini merupakan sebuah syarikat
dagangan produk makanan berkelayakan ISO. Kami giat memberi perkhidmatan kepada
bes pelanggan yang luas dari pelbagai sektor seperti pengilang makanan dan industri,
pasaraya moden, hipermarket, pemborong dan kedai runcit. Kami membekalkan produk
yang bermutu tinggi dan mengamalkan taraf Kawalan Kualiti (QA) yang paling ketat
dalam industri untuk memastikan hanya produk yang memenuhi piawaian yang tertinggi
dibekalkan dari gudang simpanan kami.